Friday, October 09, 2015

Hadiah Hari Jadi

Assalamualaikum.....


Minggu depan hari jadi Ahmad Danial yg ke 1 Tahun. walaupun belum tiba masanya lagi tapi Ahmad Danial dah dapat hadiah hari jadi dr Pak Ngah, Mak Ngah dan Elsa. Hadiah hari jadi Ahmad Danial sebuah Basikal Doraemon. Ahmad Danial suka sangat dan sejak dapat hadiah tiap2 hari Ahmad Danial akan naik basikal tersebut sampai mommy malas nak layan nasib ada umi yg sanggup layan Danial.

Tak lupa juga hadiah dari Malik Hatadi, auntie anis dan uncle hamdi yg bg duit hari jadi. Auntie Norsarah bagi baju Doreamon dan auntie Nurulnadiah serta adam yg bg bear.

Terima Kasih semua atas pemberian hadiah ya....



Ahmad Danial dengan Puteri Nur Elsa



Dua2 dah ada basikal


Ahmad Danial dan Doraemon



Sunday, September 27, 2015

It's me Ahmad Danial

Assalamualaikum....

Lama sungguh tidak update blog. Hari ini saya hendak perkenalkan anak lelaki sy yang diberikan nama Ahmad Danial yg baru berusia 11 bulan 13 hari. 














L'aMouR,

Tuesday, July 23, 2013

Ole-ole dari Australia

Salam,

Ahad lepas aku dapat ole-ole dari Australia. Kak Ipar, Angah, Mak dan Abah pergi Australia selama 10 hari. So inilah hasil tangkapan untuk aku n hubby....






L'aMouR,


Celebrate Besday Abang

Salam,

19 Julai 2013 sebelum berbuka puasa sempat juga aku menyambut besday abang walaupun tidak seberapa pun.








L'aMouR,


Thursday, July 18, 2013

19 Julai 2013

Salam,

Hari ini 19 Julai 2013 merupakan ulang tahun kelahiran Abang yang ke 36 tahun. Plan last week nak order kek online memang dah order dengan http://bake-at-home.blogspot.com/ . Tapi yang best part pagi tadi dah plan nak wish sekali boleh terlupa pulak. Sampai opis baru ingat nak wish. Maaf ya abang, sayang lupa apa2 pun dah call wish kat dia.





L'aMouR, 

Wednesday, July 17, 2013

Mifthahul Jannah, NorFirdaus Mikael dan Marissa Jannah

Mifthahul Jannah, NorFirdaus Mikael dan Marissa Jannah anak buah aku yg skrg nie berada di Muar ddk dengan neneknya. Sekali sekala turun KL akan lepak dengan dorang nie... 




  Jannah


Firdaus


 Ayah Chik (my hubby), Achik (aku), Jannah dan Firdaus


Jannah dan Firdaus tgh try baju yg aku beli sementara dorg nie dok bodek nak makan MCD


Aus

Masa nie on the way nak pi ngundi 


Nama sebenar Marissa Jannah












L'aMouR, 

Perginya Seorang Kekasih Allah




Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah saw. masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tetapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian dia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah saw. menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah anakku, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut," kata Rasulullah saw..

Fatimah menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri Rasulullah lalu Baginda menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.

"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"

"Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi sesiapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat penghantar wahyu itu.

"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii?" – "Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai dirinya sebagaimana Baginda mencintai kita?

Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Semoga kita hargai segala pengorbanan Rasulullah SAW.

Petikan dari VCD ORIGINAL Perginya Seorang Kekasih Allah



L'aMouR,

Wednesday, January 16, 2013

Perbezaan Pendidikan Percuma

Sekarang ramai yg main isu Listen, Listen, Listen, Listen, Listen, Listen...... Salah satunya Isu Pendidikan Percuma yang dibanding dengan Negara lain. Fakta di bawah ini di ambil dari FB. Tidak pasti benar atau tidak. Walau apa-apa pun kita kena renung-renungkan jua.....



1. Argentina. Memang pendidkan di negara berkenaan percuma dan terbuka kepada sesiapa sahaja. Tetapi, terdapat banyak kos tersembunyi di negara berkeaan seperti pelajar harus membayar kos pengakutan dan pelbagai kos-kos lain yang mengarut. Pemberian biasiswa di negara berkenaan yang tidak sama rata sebenarnya telah mengabaikan golongan yang berpendidikan rendah untuk masuk ke dalam universiti. 9 daripada 10 pelajar yang memasuki universiti di Argentina datang daripada golongan kaya.

2. Negara dunia ketiga seperti Sri Lanka dan Mauritius mengamalkan pendidikan percuma?

Sebelum nak bercakap mengenai Sri Lanka, fahamkan dulu sistem pendidikan mereka. Hanya 10 peratus sahaja mereka yang layak memasuki university, selebihnya akan terpiggir. Inilah harganya yang perlu dibayar. Mengenai soal Mauritius, hanya orang bodoh sahaja yang membandingkan Malaysia dengan Mauritius. 1,286,340 merupakan jumlah rakyat di sana. Negara mereka pula kecil dan pengajian swasta cuma menjalankan kelas pada hari minggu sahaja memandangkan jumlah pelajar di sana sangat kecil. Jadi, buat apa nak bandingkan epal dengan durian? Sangat tidak adil bukan?

3. Brazil. Ya, pendidikan mereka percuma, tetapi, nah, ambil ni:

"Brazil is known for charging a high tax burden from its citizens and companies established. We will provide an overview of the most common taxes in Brazil, dividing them into Federal, State and Municipal taxes." Rujuk link pada komen saya dibawah.

" Everyday taxes in Brazil: IPVA, IPTU and IPTR!"

4. Bandingkan dengan negara kaya pula? Berapa kerat negara kaya yang ada sistem pendidikan percuma? Denmark? Kadar cukai di negara berkenaan merupakan yang paling tinggi di dunia. Kita perlu bayar untuk sesuatu yang percuma.

5. Turki? Sistem pendidikan negara kita tak ubah macam negara mereka.Turki hanya menawarkan pendidikan percuma pada peringkat sekolah rendah dan menengah daripada gred 1 sehinggalah 12. Serupa dengan negara kita, pendidikan percuma di Malaysia ditawarkan daripada darjah satu sehinggalah ke tingkatan 6 sebenarnya. Dan Malaysia hanya mengenakan 10% bayaran untuk pendidikan tertiaty (universiti, kolej) dengan 90% disubsidi kerajaan. 

6. Finland? Saya dah cakap, jangan buat perbandingan epal dan durian. Kita buat sedikit analisis pasal negara Finland. Finland mempunyai 169, 000 orang pelajar dan Malaysia mempunyai 508,256 pelajar yang belajar di IPTA (IPTA sahaja, tidak termasuk IPTS lagi). Malaysia sebenarnya memberikan subsidi sebanyak 95 % daripada yuran pengajian sebenar di IPTA. Pelajar hanya membayar 5 % sahaja. Cukai pendapatan di Finland mencecah 50 peratus ke atas manakala Malaysia hanyalah mencecah 26 peratus maksimun. Dan, kenapa tergamak kalian bandingkan epal dan durian?



p/s: Info ambil dr FB....

L'aMour IzriNaQua,


Monday, January 14, 2013

Peace Yo.....

As Salam,

Baru baru ini kita telah melihat satu Himpunan Kebangkitan Rakyat. Tentang perhimpunan tersebut tidak saya ambil pusing tetapi yang saya kisahkan ialah tentang rakan-rakan yang memberi pandangan dan pendapat mereka. Bagi saya setiap individu mempunyai hak untuk memberi pandangan dan pendapat. Apa yang cuba rakan-rakan saya buat itu hak mereka. Masalahnya orang yang komen dengan apa yang di utarakan oleh rakan-rakan tersebut. Kalau masing-masing tak puas hati dengan apa yang di luahkan tak perlulah serang menyerang komen tersebut. Ini siap ada kaitkan dengan Isu serta Kisah zaman Nabi dan samakan dengan zaman kini. Apa-apa pun setiap pandangan dan pendapat tersebut kita baca, renung dan fikir-fikirkan demi MASA DEPAN, BANGSA DAN AGAMA.

Peace Yo......






L'aMouR,