Tuesday, January 10, 2012

Sedarlah

Assalamualaikum.....

Aku hairan dengan orang zaman moden ni. Doktor dah sahkan ada kanser tapi still lagi nak juga percaya dengan perubatan tradisional yang dok tuduh menuduh orang lain hantar sihir. Aku bukannya tidak percaya tapi sendiri mahu ingat ler. Operation dah buat so next step kimo pun kena buat gak. Tapi tak nak wahal kemudahan dah ada claim under ex husband punya medical unlimited tau. Tu pun tak reti nak bersyukur.

Tolonglah sedarkan diri dan cepat-cepat pergi ke hospital yang baguih. Memang aku tau tidak salah berubat secara tradisional tapi bila dah bab tuduh menuduh orang hantar sihir dah menimbulkan fitnah. Andai kata inilah takdir dirimu untuk hadapi cancer sekali lagi, gunalah kesempatan ini untuk berserah pada NYA. Dirimu patut rasa beruntung kerana Allah memberikan penyakit kerana sekurang-kurangnya dirimu tahu jangka kehidupanmu. Dalam masa ini gunalah kesempatan untuk bertaubat dan dekatkan diri pada NYA. Tidak juga lupa untuk didik anakmu menjadi insan yang berguna agar bila perginya dirimu ada juga anak untuk mendoakan. Janganlah terlalu emo sehingga dok kejar dan sibuk tentang duniawi sebaliknya jalankan amanat dan tangggungjawab kepada anakmu.

Ya Allah bukaklah pintu hatinya untuk redha dengan ujianmu dan bukaklah pintu hatinya untuk mendekati diriMu. Ya Allah yang maha pengumpun lagi maha penyayang, ampunkanlah dosa-dosanya dan berilah dia peluang untuk mendidik anaknya menjadi anak yang soleh dan bukaklah pintu hati keluarganya untuk redha dan berserah pada takdir hidup dirinya. Amin ya rabbal alamin.

Kepadamu yang pernah hadir dalam hidup keluargaku, ku mohon ampun dan maaf atas segalanya. Walaupun aku tahu engkau takkan baca blog ini tapi aku hanya mampu untuk mendoakan yang terbaik untukmu....

No comments: